Saturday 6 October 2012

Jangan kecewa, jangan putus asa, teruskan usaha. fighting !!

Ketika jiwa merasa sesal, dan kecewa... Mengenangkan dosa dosa yang dilakukan, ketika harapan dirasakan tiada lagi, ingatlah...

Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dengan Allah. Anytime, anyone, wherever, what races we are, who is our parents, who is his our grandparents, if we want to connect with Allah azzawajalla or return to Allah, so tidak akan pernah ada halangan. 

"Katakanlah wahai hamba hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa dosa semuanya. Sungguh Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang." Az-Zumar : 53

Kalau kamu rasa kecewa terhadap diri kamu, dosa kamu banyak, kamu frust... If you meet people, then they will say... Oh kau nie Tuhan tak ampun dosa orang mcm kau nie. Tuhan tak ampun orang mcm kau nie. Ingatlah, Allah kata, "Beritahu hamba hamba-Ku yang mereka itu kecewa terhadap diri mereka, jangan mereka putus asa dengan rahmat Allah, jangan mereka kecewa dengan rahmat Allah. " Allah mengampunkan segaaaala dosa.

Kalau kamu rasa, diri kamu tiada tempat untuk meluah, melepaskan segala resah di jiwa, ingat Nabi pesan... "Sesiapa yang tutup aib  orang muslim, Allah akan tutup aib dia dunia dan akhirat."

Maiz bin Malik datang kepada Nabi,

"Aku berzina wahai Rasulullah, bersihkan aku. "

Nabi tak tengok dia. Nabi pusing. "Maiz pergilah. " sambil bagi isyarat.

Tapi Maiz kata juga, "Aku zina wahai Rasulullah, bersihkan aku. "

Rasulullah cuba bagi pengecualian kepada Maiz. Rasulullah kata, "Boleh jadi kau cium cium  Maiz. Boleh jadi kau raba raba je. "

"Aku berzina Rasulullah. Takkan kau tak tau aku BERZINA. "

Maiz tetap inginkan hukuman. Maka hukuman dijalankan. 


Islam suruh kita tutup keaiban sendiri. Islam suruh manusia baiki diri sendiri, bila bila masa je. ANYTIME. Islam tak suruh kita buat pengakuan untuk ceritakan keaiban sendiri. Kita istighfar kepada Allah, kita balik kepada Allah, kita minta ampun kepada Allah. Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk orang yang melakukan dosa pada waktu malam, dan Dia buka pintu keampunan pada waktu malam untuk orang yang melakukan dosa pada waktu siang. Usah berputus asa dengan rahmat Allah. Teruskan perbaiki diri.

Seluas luas pintu dalam Islam adalah pintu taubat. Allah cakap, "Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai  ke langit, banyaknya daripada bumi hingga langit, kemudian engkau istighfar, engkau mohon keampunan daripadaku, Aku ampunkan engkau. Aku tidak peduli. Hambaku itu tahu dia ada Tuhan yang boleh ampun dosanya dan boleh bertindak padanya, Aku ampun dia ."

Iman manusia memang ada turun naik. Lagipun, manusia memang tak lari dari kesilapan. Bila kita duduk beberapa lama, kita betul betul taubat, kita bukan main main, macam mana kita boleh tergelincir lagi ??

As long as kita ikhlas, we dont have any intention nak tipu, kita betul betul nak taubat, kita tergelincir. Allah kata, "Sesungguhnya hambaku itu bukan apa, dia tahu baginya, Tuhan yang mengampunkan dosa." Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. 

 Manusia yang tampil menentang Nabi pun, Allah terima taubatnya, inikan pula manusia jalanan. Yaa, walaupun kita kata benda tu tak baik. Dia berzina, dia minum arak tapi kalau dia nak balik kepada Allah, tidak pernah ada halangan antara dia dengan Allah. Sama sekali tidak ada. Hanya kepadaNya kita sembah, hanya kepadaNya kita memohon. Kamu doalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin kamu akan diterima. Ketahuilah Allah tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa. Dia tidak terima. 

"Dan apabila hambaku ini bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran. " Al-baqarah : 186 

Semua doa makbul, melainkan kita tak berdoa sungguh sungguh. Kita sering kali terlupa, Allah lebih tahu apa yang kita perlukan. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Indeed ,Allah is the best planner.Cuma, bila Allah memperkenankan sesuatu hajat, memakbulkan sesuatu doa, Dia memperkenan dalam pelbagai rupa. Kita nie kadang kadang minta duit, sebenarnya kita bukan nak duit pun, kita nakkan kebahagiaan, kegembiraan. Tapi, kita sangka yang adanya duit, ada kebahagiaan. Allah kadang kadang tak bagi duit yang sebanyak yang kita harap, tapi Allah bagi kebahagiaan kepada kita.

Same goes with this one. We ask for beautiful wife or handsome husband. We are very interested with someone. Maybe Allah know, this is not good for us. Allah still give us a wife or a husband but not same as we asked for .But, what Allah was given to us is better for our lives, better for our rumahtangga, better for us to continue our journey. Tapi, Allah menghampakan kita, tidak sama sekali. Tapi, kita fikir, kita rasa yang kita minta tu tak sampai sampai. Tidak... sebahagian besar hayat kita dah pun kita kecapi nikmat tu. Teruskan mengharap dengan Tuhanmu. Manusia berhubung terus dengan Allah. Tak payah postman. Tak payah orang tengah pun. Kita minta dari Allah. Iblis minta supaya dipanjangkan hayatnya sampai kiamat, Allah perkenankan doa iblis tu, padahal derhaka bebeno iblis tu. Takkan hamba Dia yang solat, sembah Dia siang malam, Dia tak bagi. Tentu Dia bagi. 

Saudara saudaraku sekalian, nak taubat kepada Allah tak perlu pun nak isytihar diri. Nak minta kepada Allah juga tak perlu perantaraan. Manakah agama yang lebih memberikan ruang untuk manusia balik kepada Tuhan lebih daripada apa yang diberikan oleh Islam ?

Yakinlah dengan Tuhanmu, bersyukurlah wahai diri. Selagi nyawa dikandung badan, peluang untuk kembali kepada Tuhan, tidak pernah tertutup...


Sincerely ,
Nur Jannah





1 comment:

  1. Assalamualaikum... Sekurang-kurangnya kreditkan penulisan kepada orang yang menyampaikan ceramah berkenaan hal tersebut. Dan saya ingat ianya ceramah Dr. MAZA. Apa-apa pun usaha yang baik untuk menyampaikan dakwah. :)

    ReplyDelete