Monday 30 September 2013

Ada masa dia.






Aku juga seperti manusia biasa.
Labuhnya tudungku tidak bermaksud aku tiada salah.
Kadang salah yang sama aku ulang.
Perkataan manusia itu sendiri bermaksud lupa.
Jadi, aku memang sentiasa perlu dingatkan.

Kadang tiba masa.
Aku lupa hakikat kehidupan aku.
Aku cuma tahu mahu gembira.
Aku cuma tahu mahu ketawa.
Aku cuma ingin kan nikmat dunia.

Aku.
Tidak sentiasa berada di atas.
Hidup aku seperti roda.
Kadang aku megah berada di atas.
Kadang aku terpelosok hina berada dibawah.
Tetapi semua berlaku dengan izinNya.

Ada juga masa.
Aku diuji Tuhan.
Sejauh mana pegangan.
Sejauh mana kebergantungan.
Ujian dugaan menguji keimanan.

Tiada siapa minta diri diuji.
Seperti meminta air di musim panas.
Tapi itulah hakikat kehidupan.
Ujian datang betamu tanpa pintaan.
Hati menjadi remuk kerana kekecewaan.
Semangat luntur kerana kegagalan.

Pengalaman mendewasakan aku.
Pasrahlah dengan ketentuan.
Redhailah dengan ketetapan.
Teruskanlah hidup dengan penuh ketabahan.
Dunia hanyalah tempat persinggahan.
Syurga jualah yang menjadi tujuan.

Tuhan.
Andai tiada tempat untuk aku di dunia.
Andai aku bukan sesiapa di mata manusia.
Binakanlah sebuah istana untukku di syurga.
Jadikanlah aku seorang haibat di mata Sang Pencipta.

Nur Jannah--
Bukan selama kau bisa bahagia.
Ada masa kau perlu menangis terhina.
Seperti anak kecil perlu mama.

Nur Jannah--
Minta pertolongan daripada Dia.
Sang Gagah lagi Perkasa.
Agar tenteram hati yang melara.
Pencipta segala isi dunia.
Letakkan pergantungan kepada yang Esa.




Lillah,
Nur Jannah.
La Tahzan





Tuesday 17 September 2013

Tarbiyyah di Bumi Bintulu

Bismillah.

Begitu banyak kenangan tercipta.

Setelah setahun, aku berjaya mensinopsiskan memoir tarbiyyah ketika berada di bumi Bintulu. 

Walau disini tiada salji.
Disini ada ukhuwah.
Aku diberi pinjam Tuhan keluarga.
Aku diberi peluang Tuhan merasa nikmat kasih.
Jika benar kasih sayang ini.
Jika benar ukhuwah ini. 
Biarlah ia tersurat dalam doa.

Walau disini tiada sakura.
Disini aku mengenal makna kehidupan.
Disini aku mengenal erti penghambaan kepada Tuhan.
Aku dipertemukan Tuhan dengan dakwah.
Aku juga ditakdirkan Tuhan mengenali tarbiyyah.
Disini aku tahu apa itu erti syukur.

Walau disini tiada perlu baju tebal.
Disini karat jahiliyyah aku kikis.
Disini segala tarbiyyah ku kutip.
Disini juga aku mengerti hakikat Ubudiyyah.
Disini aku faham.
Membina ummah bukan seperti membina rumah.
Susun bata dan kukuh dan patuh pada simen.

Impian. Impian.
Dan selalu aku bermimpi.
Agar dibumi ini.
Mampu aku tinggalkan insan insan.
Yang meneruskan dakwah Nabi.
Secebis dua walau.

Namun.
Itu bukan segampang seperti yang kita harapkan.
Perlu kita menjadi qudwah.
Perlu kita melindungi jasad.
Perlu kita berdiplomasi.

Murabbi. Murabbiyah.
Andai satu hari nanti.
Aku menjadi seorang haibat.
Dalam haibat itu tetap ada diri kamu.
Andai nanti kita dipisah.
Semoga kita bisa bertemu dan reunion di syurga.

Allah hadirkan kalian dalam hidup aku.
Sebagai amanah paling besar.
Kemudian hari.
Aku pula bakal meneruskan perjuangan.
Membentuk rijal dan nisa' penerus dakwah.
Doakan Tuhan memberi kemudahan.
Kemudahan dalam membina ummah.








much love,
nurjannahkaspuni.
bintulu.