Saturday 1 March 2014

Kalau Lah Kau Tahu

Dalam kehidupan kita, terlalu banyak benda yang kita fikirkan. Terlalu banyak benda yang perlu kita hadapi. Terlalu banyak. Sehinggakan kadang-kadang kita rasa tak mampu. Rasa macam tak sanggup nak hadapi. Orang yang menghidap kanser tahap serius pun mampu singsing lengan basuh ayam, mampu berdiri megah teruskan hidup. Takkan lah kita yang alhamdulillah sihat walafiat nie boleh biar kita rebah??

Lain orang lain dugaannya. Lain orang lain stail ujian.

Ada yang diuji dengan anak.
Ada yang diuji dengan kesusahan.
Ada yang diuji dengan kesenangan.
Ada yang diuji dengan kesakitan.
Ada yang diuji dengan kesihatan.
Ada juga yang diuji dengan suami yang arrogant tak hengat dunia. Eh.

Ada juga yang diuji dengan pangkat dan harta. Baru sahaja dinaikkan pangkat, sudah berani mencaci orang. Baru sahaja ada kuasa, sudah berani memalukan orang. Pangkat dan harta juga ujian. Allah nak tengok sejauh mana bersyukur nya dia dikurniakan pangkat itu. Syukur atau kufur?  

Tapi yang aku pasti, setiap ujian dan dugaan yang Allah titipkan, memang ada hikmahnya. Semakin Allah sayang hambaNya, semakin berat ujian terhadapnya. Janganlah kita suka mengeluh dan marah tatkala diuji. Redha dan pasrahlah. Ya, bukan senang untuk aplikasikannya. 

Bila kau nampak seseorang diuji, jangan pernah merendah-rendahkan ujian itu. Kau tak tahu bagaimana dia cuba untuk lawan. Kau tak nampak bagaimana dia bangun setelah kecewa. Kau tak dengar bagaimana dia berdoa dikurnia hati yang kuat lagi gagah. Belum tentu kau mampu hadapi semua itu kalau kau diletakkan dalam kasut dia (Baca: Put you in their shoes). Tapi sedarlah, cantiknya air laut. Tenangnya air laut. Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia. Riang dan ketawa. Tetapi cuma Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Gelak. Ketawa. Gumbira. Jangan pernah kau sangka dia tiada masalah. Selagi dia bergelar manusia, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah dia akan diuji. Bagaimana hakikat seorang pelajar yang kerap ada peperiksaan.

Hidup ini adalah untuk diuji. Ujian itu takkan ada noktahnya. Tidak akan pernah berhenti. Selagi kita diuji selagi itulah kita masih hidup. Jadi, bersyukurlah. Ujian itulah jalan Allah 'memperkenalkan' dirinya.Pada ujian sakit, Allah memperkenalkan diriNya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah memperkenalkan diriNya yang Maha Pemberi Rezeki. 

Untuk bersedih, tiada masalah. Itu lumrah. Kau manusia. Aku juga manusia. Kau ada hati. Aku juga ada hati. Jadi, itu normal. Kalau kau tiada perasaan, itu yang tak normal. Cumanya, janganlah biarkan perasaan menguasai diri. Kawal. Islam ada cara tersendiri untuk atasi segala macam jenis ujian. Bukan menangis bagai nak mati. Kita bukan hidup untuk selamanya. Jadi, kenapa kau anggap masalah ini akan berlarutan tanpa kesudahan?

Apa pun yang menimpa diri kita, in shaa Allah akan menjadi kebaikan kalau diambl dengan sikap positif. Islam dah gariskan cara-cara menghadapi masalah. Dalam Quran pun, pelbagai tips tersedia. Cumanya masalah kita manusia, berapa kerap kita buka Quran? Berapa kali seminggu kita baca surat chentaNya? Ke buka Quran bila ada pertandingan tilawah sahaja atau buka Quran Khamis malam Jumaat baca Yasin? Jadikan surat chentaNya sebagai manual dalam hidup. 

You don't have to tell the world, what is going on in your life. You do not have to show the people, how you struggle in your life. Never tell people what is your problem. People don't understand you. It is rare to see people understand you and stay behind you. Just tell Allah. Because Allah never break your heart. Allah never fails to help you. Never.

Kalau semua terjadi mengikut yang dirancang, bersyukurlah. Tapi, kalau tak menjadi seperti yang dirancang, extra bersyukurlah kerana ia terjadi mengikut perancangan Allah.

Bila kau diuji, bangun. Berlari. Berlari. Berlari. Berlari. Bila kau dah jumpa garisan penamat, berhenti dan senyum. Jatuh boleh. Cuma bangun kembali. Jangan pernah jatuh, dan tak bangun bangun.




Kalau hari ini, kau pergi jumpa doktor dan doktor bagitahu kau cuma boleh hidup sebulan, pasti hari esok kau hidup terpaling hidup. Percayalah.



tulus,
Nur Jannah.





Kalau lah kau tahu hikmahnya.

2 comments:

  1. good motivation my friend... =)

    ReplyDelete
  2. Suka ayat awak.. dpt menguatkan hati akak..
    InsyaAllah. . Perancangan Allah yg terbaik..

    ReplyDelete