Tuesday 17 December 2013

Ahmad Ammar, kehilangan seorang mujahid

Hairan.
Bila mana dia tidak ku kenal.
Apatah lagi bersua muka.
Ceritanya cuma melalui media.
Namun mampu menggetarkan jiwa.
Membangkitkan semangat.
Untuk ku teruskan sunnah Nabi.

Dia.
Bukan sesiapa di dunia.
Aku tidak kenal dia.
Kau tidak kenal dia.
Mereka semua juga tidak kenal dia.
Tetapi ku pasti satu.
Dia selebriti terkenal.
Di langit sana.
Didunia selepas mati dia.

Sentap.
Bila mana ku tahu.
Usia kami sama.
Bezanya cuma.
Dia dahulu meninggalkan.
Dunia fana yang sementara.

Dulu.
Dia juga hidup seperti aku.
Tadika. Sekolah. Universiti.
Kami bersama menyaksikan.
Kezaliman yang berlaku di dunia.
Cumanya takdir Tuhan berbeza.

Semasa hidupnya.
Sudah banyak dia membantu.
Sudah banyak dia berjasa.
Dalam memperelok ummah.
Hidup dia bersama perjuangan.
Mati pula dalam perjuangan.

Hebat.
Dibumi yang asing.
Kematiannya dihadiri ramai.
Berbeza warna dan bangsa.
Ditakdirkan Tuhan.
Jasadmu bersama pejuang agama Allah.

Pasti.
Umur bukan tahap ukuran.
Tahap kematangan dan keimanan.
Pelbagai misi dia hadiri.
Membantu saudara yang disayangi.
Bermohon agar syahid.
Bersemadi di syurga kekal abadi.

Aku yakin.
Umur bukan penentu.
Izrail datang menjemput.
Menghulur salam sakaratul maut.
Aku pasti menyusul kemudian.
Cuma bagaimana akan ku.
Mengakhiri kehidupanku.
Itu tidak ku pasti.




Kelihatan peluh masih ada di sekitar kening dan mata.

Pemergian Ammar adalah kematian yang menghidupkan. Dalam keadaan yang tak disangka sangka.




Sincerely,
Nur Jannah.





0 comments:

Post a Comment