Monday 30 September 2013

Ada masa dia.






Aku juga seperti manusia biasa.
Labuhnya tudungku tidak bermaksud aku tiada salah.
Kadang salah yang sama aku ulang.
Perkataan manusia itu sendiri bermaksud lupa.
Jadi, aku memang sentiasa perlu dingatkan.

Kadang tiba masa.
Aku lupa hakikat kehidupan aku.
Aku cuma tahu mahu gembira.
Aku cuma tahu mahu ketawa.
Aku cuma ingin kan nikmat dunia.

Aku.
Tidak sentiasa berada di atas.
Hidup aku seperti roda.
Kadang aku megah berada di atas.
Kadang aku terpelosok hina berada dibawah.
Tetapi semua berlaku dengan izinNya.

Ada juga masa.
Aku diuji Tuhan.
Sejauh mana pegangan.
Sejauh mana kebergantungan.
Ujian dugaan menguji keimanan.

Tiada siapa minta diri diuji.
Seperti meminta air di musim panas.
Tapi itulah hakikat kehidupan.
Ujian datang betamu tanpa pintaan.
Hati menjadi remuk kerana kekecewaan.
Semangat luntur kerana kegagalan.

Pengalaman mendewasakan aku.
Pasrahlah dengan ketentuan.
Redhailah dengan ketetapan.
Teruskanlah hidup dengan penuh ketabahan.
Dunia hanyalah tempat persinggahan.
Syurga jualah yang menjadi tujuan.

Tuhan.
Andai tiada tempat untuk aku di dunia.
Andai aku bukan sesiapa di mata manusia.
Binakanlah sebuah istana untukku di syurga.
Jadikanlah aku seorang haibat di mata Sang Pencipta.

Nur Jannah--
Bukan selama kau bisa bahagia.
Ada masa kau perlu menangis terhina.
Seperti anak kecil perlu mama.

Nur Jannah--
Minta pertolongan daripada Dia.
Sang Gagah lagi Perkasa.
Agar tenteram hati yang melara.
Pencipta segala isi dunia.
Letakkan pergantungan kepada yang Esa.




Lillah,
Nur Jannah.
La Tahzan





3 comments:

  1. Kalau nak dapatkan pelangi, kita kena meredah hujan dulu kan?
    Stay tough *peluk kuat-kuat*

    ReplyDelete
  2. ana jiwang karat1 October 2013 at 07:57

    hidup ni mmg penuh ujian kan? rasanya setiap yang hadir dlm hidup kita tu, semua ujian,, cuma sama ada ujian baik atau tidak, berat atau ringan.. so go through je, Allah knows the best.. keep strong my friends.. love u lillahitaala.. :)

    ReplyDelete