Monday 7 May 2012

Doa yang tidak ditolak Allah :)

Assalamualaikum dan selamat malam . Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya , dapat juga Jannah update blog . Hari nie , ade perkara indah yang Jannah nak kongsikan . Perasaan bercampur baur , sedih gumbira terharu bercelaru :)

Sebelum apa apa Jannah nak kongsikan satu tips untuk Allah mengabulkan doa kita . Solat Sunat Hajat . Bukan solat sunat hajat yang biasa kita buat . Lain sikit . Dilakukan sebanyak 12rakaat dan dilakukan selepas 12 malam . DILARANG DIGUNAKAN PADA JALAN SALAH !

Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala .

Surah-surah :

Rakaat 1 *Al-fatihah 1x
                 Ayat kursi 1x
              Al-ikhlas 1x
Rakaat 2 *Al-fatihah 1x
                Ayat kursi 1x
             Al-ikhlas 1x

Setelah selesai 12rakaat ,sujud semula dan bacalah :

1. Maha suci Allah yang memakai kemuliaan dan berfirman dengan dia .

2. Maha suci Allah yang bersifat kebesaran dam kemurahan .

3. Maha suci Allah yang menghinggakan bilangan tiap tiap sesuatu dengan ilmuNya .

4. Maha suci Allah yang tiada sayugialah bertasbih selain untukNya .

5. Maha suci Allah yang mempunyai nikmat dan kurnia .

6. Maha suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan .

7. Maha suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kekuasaan .

8. Aku memohon dengan Engkau Ya Allah , dengan segala tempat kemuliaan dari ArashMu , dengan rahmat yang setingginya dari KitabMu , dengan namaMu yang maha Agung . KesungguhanMu yang Maha tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna lagi dilengkapi , yang tidak melampaui oleh orang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan . Ya Allah anugerahkan rahmat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan kepada keluarganya . Dengan syafaat baginda , kurniakanlah hajat ini Ya Allah ... (sebutkan hajat di dalam hati dengan penuh harapan)


Okeh ? Kalau boleh ,solat 5 waktu jangan tinggal . Walau dengan apa alasan pun . Jangan pulak tak solat tapi boleh buat muke sememeh minta macam macam kat Allah . Malu *_*

Budak budak yang ada peperiksaan besar tahun nie terutama sekali ,rerajin lah buat solat hajat ye adik adik ♥♥

Alhamdulillah ,Jannah dah dapat apa yang Jannah nak sangat . Really thanks to Allah .

UPM :)

As I know , Diploma UPM takde kat Serdang . Maybe , kat Bintulu Sarawak . Apa apa , betulkan niat kerana Allah . Buat kawan kawan ,doakan kejayaan Jannah kat sana :) Syukran . Buat adik adik yang tak berjaya , apa pun yang Allah bagi , redha dan yakin itu yang terbaik yang Allah takdirkan . Yakin pada Allah bukan mengharapkan terkabulnya semua doa tapi meletakkan keredhaan pada ketentuanNya . Ma'a taufiq wannajah untuk adik adik .Yang tak bernasib baik la tahzan , bersangka baiklah dengan Allah . Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya . Allah yang cipta kita , jadi Dia tahu apa yang terbaik . Kita merancang Allah jua telah menetapkan sejak azali lagi rezeki kita dan apa pun takdir Allah untuk kita itu yg terbaik . Mabruk kepada adik adik yang berjaya ^_^

Jazakallah kerana ,membaca . Maassalamah wailallikhoq :)





15 comments:

  1. tq atas prkongsian baik ini...n amin mudah2an Jannah dapat apa yg di ingini... slm pegenalan.. Ahlam singgah di sini... ^-^

    http://ahlammiera.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. best nye entri ni... baguslah, menyedarkan seluruh blogger yg beragama islam.. :-)

    ReplyDelete
  3. good entry..follow me http://prettyfairy-blogspot.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. congrats dik! btw, sangat berguna. semalam baru kakikha google pasal solat hajat! Alhamdulillah,jannah dah post entry ni,hehe. :))

    ReplyDelete